Friday 7 October 2011

Suku Kata

Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.
Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka. Manakala suku kata yang berakhir dengan konsonan dipanggil suku kata tertutup.

Terdapat beberapa jenis suku kata, iaitu:

1. Kata tunggal satu suku kata
Suku kata
Contoh
KV
yu
VK
am
KKVK
draf, gred. brek

2. Kata tunggal dua suku kata
Suku Kata
Contoh
V + KV
ibu, ela, era
V + VK
air, aib
V + KVK
adat, emas
VK + KV
anda, unta, angsa
VK +  KVK
antah, untuk, ingkar,
KV + KVK
bukan, dekat

3. Kata tunggal tiga suku kata
Suku Kata
Contoh
KV+V+KV
biasa, cuaca, suara
KV + V +KV
kaedah
V + KV + V
abai, usia
KV+KV+VK
maruah, peluang
KV+KVK+KVK
kelompok, kumandang

4. Kata tunggal empat suku kata
Suku Kata
Contoh
KV+KV+KV+KV
panorama
KV+KV+KV+KVK
masyarakakat
KVK+KV+V+KV
sentiasa
5. Kata-kata tunggal yang lebih daripada empat suku kata ialah:
    universiti = V + KV + KVK +KV+KV ( lima suku kata)