Friday 9 December 2011

Mengajar Kemahiran KV+KVK

Untuk mengajar kemahiran ‘KV+KVK’, guru mesti ada sekurang-kurangnya bahan bantu mengajar yang berikut :
  • kad suku kata KV
  • Kad suku kata KVK
  • Kad imbasan bergambar
  • lembaran kerja 1 – Padan suku kata KV dan KVK bagi membentuk perkataan bermakna. (10 isi latihan)
  • Lembaran kerja 2 – Padankan perkataan KV+KVK dengan gambar yang sesuai. (10 isi latihan)
  • permainan berunsur pendidikan. (Puzzle suku kata KV+KVK , Dam suku kata KVK, Pancing Perkataan dan lain-lain permainan yang bersesuaian)


TIPS MENGAJAR :
  • Tunjukkan kad suku kata KV dan KVK secara berasingan.
  • Rangsang minda murid untuk sebut suku kata.
  • Kemudian, rangsang minda murid untuk cantum suku kata bagi membentuk perkataan bermakna.
  • Guru berikan contoh - KI+PAS = KIPAS
  • Murid lakukan aktiviti '4′ secara berulang-ulang.
  • Uji kefahaman murid. Tunjukkan gambar dan minta murid cari kad dan cantum suku kata membentuk perkataan.
  • Uji keupayaan taakul murid – guru sebut dan murid tulis dalam buku latihan
  • Edarkan lembaran kerja 1 dan 2. Beri murid 15 minit untuk siapkan.
  • Bincangkan jawapan secara keseluruhan.
  • Betulkan segera kesalahan murid jika ada.
  • Berikan murid bermain dengan permainan yang disediakan selama 15 minit.
  • Di akhir sesi, rangsang minda murid akan perkataan yang telah mereka pelajari.
  • Rangsang minda murid untuk memberikan contoh lain bagi suku kata KV+KVK.

Monday 5 December 2011

Mengajar Kemahiran KVK


Untuk mengajar kemahiran ‘KVK’, guru mesti ada sekurang-kurangnya bahan bantu mengajar yang berikut :
  • kad perkataan ‘KVK’
  • lembaran kerja 1 – memadan gambar dengan perkataan
  • lembaran kerja 2 – mencari perkataan tersembunyi
  • barang permainan berunsur pendidikan

TIPS MENGAJAR :
  • Pastikan murid telah bersedia
  • Tunjukkan kad perkataan ‘KVK’ – Bas, Pen, Jam, Gam, Vas, Pam dan lain-lain.
  • Guru eja dan sebut, kemudian minta murid ikut.
  • Tunjukkan gambar bagi setiap perkataan yang dieja dan sebut.
  • Ulang aktiviti sehingga murid faham konsep mengeja dan mengingati apa yang dieja.
  • Beri murid masa untuk buat aktiviti menguasai kemahiran ini secara kumpulan dan individu.
  • Soal murid secara rawak. – Tunjuk gambar dan minta murid eja tanpa merujuk pada kad perkataan.
  • Edarkan lembaran kerja 1 – semak jawapan melalui perbincangan.
  • Minta murid eja semula perkataan yang dipadankan
  • Betulkan kesalahan murid jika ada.
  • Edarkan lembaran kerja 2 – semak jawapan melalui perbincangan.
  • Minta murid eja semula perkataan yang telah dijumpai dan digaris.
  • Betulkan kesalahan murid jika ada.
  • Berikan murid bermain selama 15 minit dengan permainan yang telah disediakan.
  • Soal jawab di akhir pengajaran – kukuhkan pemahaman murid dengan meminta murid memberikan contoh lain bagi perkataan ‘KVK’ atau suku kata ‘KVK’.

Saturday 3 December 2011

Definisi Suku Kata


Suku kata ialah unit penyusunaturan bunyi pertuturan. Contohnya, perkataan sayang terdiri daripada dua suku kata: sa dan yang. Satu suku kata biasanya terdiri daripada nukleus suku kata (selalunya vokal) dengan pinggir awalan dan akhiran bukan wajib (biasanya konsonan).

Satu perkataan yang terdiri daripada satu suku kata sahaja (seperti yang) ialah kata ekasuku, manakala yang terdiri daripada dua suku kata (seperti mana) ialah kata dwisuku. Perkataan tiga suku kata (seperti belalang) ialah kata trisuku, dan yang lebih daripada tiga suku kata pula (seperti pembolehubah) dipanggil kata banyak suku.