Untuk mengajar kemahiran ‘KV+KVK’, guru mesti ada sekurang-kurangnya bahan bantu mengajar yang berikut :
- kad suku kata KV
- Kad suku kata KVK
- Kad imbasan bergambar
- lembaran kerja 1 – Padan suku kata KV dan KVK bagi membentuk perkataan bermakna. (10 isi latihan)
- Lembaran kerja 2 – Padankan perkataan KV+KVK dengan gambar yang sesuai. (10 isi latihan)
- permainan berunsur pendidikan. (Puzzle suku kata KV+KVK , Dam suku kata KVK, Pancing Perkataan dan lain-lain permainan yang bersesuaian)
TIPS MENGAJAR :
- Tunjukkan kad suku kata KV dan KVK secara berasingan.
- Rangsang minda murid untuk sebut suku kata.
- Kemudian, rangsang minda murid untuk cantum suku kata bagi membentuk perkataan bermakna.
- Guru berikan contoh - KI+PAS = KIPAS
- Murid lakukan aktiviti '4′ secara berulang-ulang.
- Uji kefahaman murid. Tunjukkan gambar dan minta murid cari kad dan cantum suku kata membentuk perkataan.
- Uji keupayaan taakul murid – guru sebut dan murid tulis dalam buku latihan
- Edarkan lembaran kerja 1 dan 2. Beri murid 15 minit untuk siapkan.
- Bincangkan jawapan secara keseluruhan.
- Betulkan segera kesalahan murid jika ada.
- Berikan murid bermain dengan permainan yang disediakan selama 15 minit.
- Di akhir sesi, rangsang minda murid akan perkataan yang telah mereka pelajari.
- Rangsang minda murid untuk memberikan contoh lain bagi suku kata KV+KVK.